BAB 3 : Islam Dan Tamadun Melayu

Thursday, May 20, 2010

Kandungan Topik:
1Konsep Tamadun Melayu
2Kedatangan Islam ke Alam Melayu
*pengenalan
*tahap perkembangan
*Teori kedatangan Islam
3Pusat Perkembangan
4Kepercayaan & Kebudayaan
5Bahasa & Kesusasteraan Melayu
6Cabaran Kolonialisme & Sekularisme
7Gerakan Islah

KONSEP TAMADUN MELAYU:
*Dibentuk oleh sekelompok manusia yg digolongkan secara luas sbg kumpulan orang-orang Melayu
& bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yg dikenali sbg Gugusan Kepulauan Melayu @
Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia @ Nusantara @ Tanah Jawi.
*Elemen-elemen yg menentukan wilayah berkenaan sbg wilayah Melayu ialah:
- bahasa Melayu ( yg menjadi lingua franca @ bahasa perhubungan).
- Agama Islam yg dianuti oleh majoriti penduduknya memandangkan Islam disampaikan dlm
bahasa Melayu & kitab ditulis dlm tulisan jawi.

KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
*Kedatangan Islam ke Alam Melayu byk dipengaruhi oleh kedudukan geografi iaitu berada di
pertengahan jalan perdagangan antara Timur & Barat.
*Pedagang Arab tlh sampai ke Alam Melayu sjk abad ke 5 M lagi. Mrk singgah di pelabuhan2
rantau Melayu ini dlm perjalanan misi perdagangan mrk ke negeri China & India.
*Hal ini diakui oleh sarjana sejarah Islam sendiri seperti At-Tabari, Hamzah Isfahani dll dan
juga sarjana Barat seperti DGE Hall.
*Mereka jg menyebut nama tpt yg disinggah oleh pedagang Arab sprt Mul Jawa (Jawa), Sribuza
(Sri Wijaya), Kalah (kedah) dsbg.
*Banyak pendapat yg dikemukakan oleh sarjana sejarah ttg tempat terawal yg menerima Agama
Islam.
*Setengah pendapat menyatakan bhw Perlak sbg kerajaan terawal menerima Islam berdasarkan
bukti yg ditemui.
*Menurut pendapat Marco Polo, Perlak merupakan kerajaan Islam yg pertama ditubuhkan pd thn
840 masihi. Raja Perlak yg pertama ialah Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah.

Tahap Perkembangan :
*Perkembangan Islam melalui 2 tahap iaitu :
-Dr abad ke 7-13m yg disebarkan oleh mubaligh Arab.
-ketika ini, penyebaran Islam byk dilakukan oleh mubaligh Arab yg menjalankan kegiatan
perdagangan di pelabuhan Canton hinggalah ke Tanah Arab.
-ini terbukti dgn seorang pengembara Cina bernama I-Ching yg menyatakan bhw dia tlh belayar
dgn sebuah kapal yg dipercayai kepunyaan peniaga Arab dr Canton ke Sumatera. Menurut
I-Ching jg pd ketika itu tdpt bbrp buah perkampungan org Arab di pantai Sumatera Barat.
-abad ke 8m & 9m, saudagar Arab, Parsi & India bertumpu ke gugusan kepulauan Melayu utk
melakukan lawatan& perniagaan di negeri Sri Wijaya yg berada di puncak kebesaran dan
kegemilangan pd ketika itu.
-catatan sej jg menunjukkan bhw alam Melayu tlh mengenal agama Islam sjk kurun permulaan
Hijrah lagi iaitu merupakan peringkat pengenalan ke arah satu proses penyebaran agama
Islam. Sebuah batu nisan diukir dgn huruf Arab yg bertarikh pd thn 1082m & 1102m tlh
dijumpai di Gerisek Jawa. Ini merupakan bukti yg jelas menunjukkan bhw waktu itu tlh ada
org Islam di kawasan tersebut.

*Dr abad ke 13m-15m yg disebarkan oleh mubaligh Arab, India & tempatan (Alam Melayu):
-pada abad ini, peranan menyebarkan ajaran Islam dimainkan oleh mubaligh-mubaligh yg berasal
dr Arab, India & juga masy. tempatan sendiri. Cth:Melaka mula menerima agama Islam pd thn
1414m stlh raja Melaka yg pertama iaitu Parameswara memeluk agama Islam slps berkahwin dgn
Puteri Pasai yg tlh lama beragama Islam & menukar nama kpd Megat Iskandar Shah.
-zmn pemerintahan Sultan Mansur Syah, agama Islam tlh bertapak kukuh dirantau Alam Melayu.
-Keadaan ini berlaku krn pd masa itu Melaka tlh menjdi sebuah pusat pemerintahan kerajaan
Melayu yg terbesar di Asia Tenggara & jg menjadi pusat penyebaran Islam yg terkenal diasia
tenggara.
-Melaka tlh menjadi sebuah pelabuhan entreport yg terbesar di Asia Tanggara shg dpt menawan
kerajaan Majapahit yg merupakan sebuah kerajaan yg kuat di wilayah Nusantara.


Teori Kedatangan :
i-teori dari India :
-Seorang sarjana Belanda iaitu Pijnappel dan S.Q Fatimi telah mengemukakan teori ini dengan
menyatakan Islam datang ke Alam Melayu melalui Gujerat.
-Teori ini disokong oleh Snouck Hurgronje,J.P. Moquette dan Brain Harison.

Antara Bukti-bukti teori ini ialah :
*Batu nesan tersebut adalah kepunyaan Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 yang ditemui
di Gujerat India mempunyai persamaan dengan batu nesan Maulana Malik Ibrahim di Grisek, Jawa.
*Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara India dengan
rantau Melayu sejak zaman pra-Islam lagi.

ii-teori dr Arab :
-Teori ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana iaitu John Crawford berdasarkan kepada
bukti-bukti yang telah ditemui olehnya.
-Pendapat beliau telah disokong oleh Nieman dan de Hollander serta Prof. S.M. Naquib al-
Attas.
-Antara bukti yang menyokong teori ini :
1-wujudnya hubungan perdagangan antara orang Arab dengan masyarakat Melayu, yang berlaku
sejak zaman sebelum munculnya Islam di Semenanjung Tanah Arab.
2-Bukti ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya beberapa buah perkampungan atau koloni orang
Islam berketurunan Arab di kawasan pantai Timur dan Barat Sumatera seperti yang tercatat
dalam dokumen kerajaan China.
3-Kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah serta sistem tulisan jawi
yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

iii-teori dr China :
-Teori ini telah dikemukakan oleh seorang penulis Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eradia
yg menyatakan bahawa Islam datang ke Alam Melayu melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9.
-Antara bukti beliau ialah:
1-penemuan batu bersurat di Champa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren Jawa (1082)
dan di Terengganu (1303).
2-wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa
kepada kemasukan agama Islam ke China.


PUSAT PERKEMBANGAN :
*Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan yang cukup besar dlm sejarah &
tamadun rantau ini, yang membawa kepada munculnya pusat-pusat Islam yang penting seperti
Pasai, Melaka, Patani, Acheh, Kelantan, Brunei dan banyak lagi.
*Ia menjadi pusat bagi tradisi alim ulama’, intelektual dan keilmuan Islam yang tinggi, malah
sebagai pusat bagi sebuah tradisi besar dalam kebudayaan Melayu Islam.

i-Samudera-Pasai :
-Kerajaan Samudera-Pasai didirikan pada abad ke 11m, dimana sultan yg pertama ialah Sultan
Al-Malik Ibrim Ibnu Makhdum.
-W/bagimanapun, kerajaan ini mencapai kegemilangan dizaman pemerintahan Sultan Malik
Al-Salih (1027-1053).
-Kekuatan ini disebabkan oleh perkembangan aktiviti perdagangan yg dijalankan.
-Kekuatan kerajaan ini terbukti dgn kejayaan mematahkan serangan kerajaan Majapahit pd thn
1339m.
-Bukti kekuatan ini dicatat oleh Ibnu Batutah dr Tunisia yg menjadi utusan Sultan Muhammad
Tghlaq dr India yg melawat Pasai dlm thn 1345m.
-Ketinggian peribadi sultan-sultan yg memerintah serta ketokohan mrk menjadi kekuatan
kerajaan ini.
-Disamping itu jg, kekuatan kerajaan ini bergantung kpd hub. Diplomatik yg dijalinkan dgn
negara-negara Islam seluruh dunia terutamanya Mekah, Mesir, Delhi, Perlak, Melaka dll.


ii-Melaka :
-menjadi sebuah pusat perdagangan yg terpenting serta sbg sebuah pusat perkembangan ajaran
Islam yg terkemuka selepas kerajaan Pasai.
-antara faktor yg membawa kegemilangan kpd kerajaan Melaka ialah kedudukan strategik,
kestabilan politik, kecekapan & keadilan dlm pemerintahan serta mempunyai jaringan
perhubungan yg sgt baik dgn negara luar.
-menjadi pusat kegiatan mubaligh Islam dgn lahirnya ramai tokoh-tokoh agama sayyid Abdul
Aziz, Syeikh Abdul Kadir Jailani dll.

iii-Acheh :
-acheh mengambil alih peranan Melaka sbg pusat penyebaran Islam di Alam Melayu, stlh Melaka
ditawan oleh Portugis.
-Sultan Acheh yg pertama ialah Sultan Ali Mughayat Syah (1507-1522).
-mengamalkan dasar buka pintu & mengenakan cukai yg rendah kpd pedagang menjadi faktor kpd
pedagang-pedagang Islam dtg utk berniaga disana.
-Mempunyai kedudukan yg strategik & juga hasil bumi yg byk seperti lada hitam.
-Meluaskan kws jajahan takluk di Perak, Kedah, Pahang dll mempercepatkan lagi proses
penyebaran Islam yg dimainkan oleh Acheh.
-mempunyai hub. Diplomatik dgn negara-negara Islam sprt Istanbul, Moghal di India dsbg.
-menjadi tumpuan mubaligh-mubaligh Islam dr tanah Arab & India. Menghasilkan byk kitab-kitab
agama meliputiilmu kalam, fiqah, tasauf, falsafah dll.
-lahir ramai ulama’sastera sprt Hamzah Fansuri, Syamsudin Al-Sumatrani Syeikh Nuruddin
Al-Raniri dll.


KEPERCAYAAN & KEBUDAYAAN
1.Kepercayaan Animisme :
*Merupakan kepercayaan & keyakinan bhw stp objek & tempat tertentu mempunyai roh, jiwa &
semangatnya yg tersendiri.
*Lahirlah pantang larang dlm kehidupan masyarakat, yg diamalkan dlm kehidupan seharian serta
dlm perhubungan dgn masyarakat luar.
*Menyamai konsep ‘mana’ (kepercayaan dinamisme). ‘mana’ bermaksud kekuatan ghaib yg ada pd
sesuatu benda seperti tengkorak, azimat dsb, yg boleh membantu seseorang mendapat
keuntungan.
*Di Malaysia, istilah ini dipanggil sbg semangat.
*Masy. Melayu mempercayai tentang kewujudan kuasa yg tidak mempunyai peribadi.
*Semangat merupakan kekuatan yg ada pd benda, ttp diri manusia juga mempunyai semangat tsbt
terutama sekali anggota badan.
*R.O. Winstedt menyatakan bhw masya. Melayu percaya kepada kewujudan semangat yg ada pd
setiap anggota badan manusia dan binatang seperti rambut, kuku, peluh, bekas tapak kaki
dsb.
*Jika semangat hilang, maka kesusahan akan menimpa diri manusia.
*Oleh itu upacara pemulihan perlu dilakukan oleh pawang utk mengelakkan semangat itu merajuk.
*Cth: upacara pemujaan semangat padi akan dilakukan ketika padi menguning. Jika tidak
dilakukan upacara tsb. Ditakuti semangat padi itu akan merajuk & padi tidak akan menjadi
pada tahun itu.
*Masy. Melayu juga percaya kpd sakti ( kuasa ghaib)


Pantang Larang (taboo):
*Terbit hasil daripada kepercayaan kpd pelbagai kekkuatan ghaib dikalangan masy. Melayu sblm Islam.
*Dipercayai akan menimpa sama ada pd individu itu sendiri @ masy. keseluruhannya.
*Taboo berasal drp perkataan Polinesia yg bermaksud pantang larang.
*Pantang larang yg tdpt dlm masy Melayu mempunyai persamaan dgn masy Polinesia. Cth : tidak blh mkn makanan tertentu, tidak blh menyebut perkataan tertentu dsb.

Cth pantang larang yang berkaitan dgn smgt. Padi:
a.pantang larang berkaitan dgn semangat padi bermula sejak mula menanam padi sprt tidak blh
memberi mkn padi kpd ayam @ itik oleh keluarga petani. Padi dilarang diproses @ dikisar krn
dipercayai semangat padi akan lari.
b.tempurung kelapa tdk blh dibakar ktk padi sdg bunting, krn ditakuti padi dimkn tikus.
c.serunai tdk blh ditiup-menyebabkan padi hampa (tidak berisi)
d.pembawa nyiru dilarang menghampiri tempayang yg berisi beras krn dikhuatiri semangat padi
akan hilang.
e.nasi tdk blh diselerakkan ktk mkn.
f.padi tidak blh diambil dr tpt simpanannya & tidak blh diperniagakan kira-kira 40 hari sblm
dituai. Apb padi baru dituai barulah padi lama diasingkan krn ia sudah tdk terikat dgn
pantang larang.


Cth pantang larang berkaitan dgn individu:
a.tali pusat bayi yg baru lahir perlu dijaga dgn sempurna. Jika dibuang hub persaudaraan
menjadi renggang.
b.bayi perlu dikecap dgn madu lebah bertujuan agar tutur katanya manis didengar apb dewasa
kelak.
c.bayi tdk blh dibiarkan tidur bersendirian didlm buaian utk mengelakkan dr diganggu oleh
hantu @ syaitan.
d.seseorang bayi itu mungkin terkena penyakit sawan jika dipayungkan dgn payung hitam.


Cth pantang larang berkaitan dgn individu perempuan:
a.apb remaja ia dilarang drp menyanyi di dapur ktk memasak krn dikhuatiri akan berkahwin dgn
orang tua.
b.jika suka duduk di tgh pintu, dikhuatiri lambat dipinang orang.
c.jika mkn nasi didalm kuali apb bersanding, muka menjadi lebam.
d.suami tdk blh menyembelih binatang krn dipercayai akan terkena badi binatang tsbt.
e.jika suka duduk dipermukaan pintu, dipercayai akan sukar melahirkan anak.
f.wanita mengandung jg dilarang duduk diatas tanah krn dikhuatiri urinya akan melekat ktk
bersalin.
g.ibu yg baru bersalin mestilah dicucukkan paku pd rambutnya bg mengelakkan dr gangguan hantu
& syaitan.


Cth pantang larang bg lelaki:
a.apb mahu berjalan jauh mestilah melangkah kaki kanan terlebih dahulu utk mengelakkan
berlakunya kecelakaan.
b.hendaklah membatalkan perjalanan jika dilintasi biawak.
c.tidak blh menoleh ke belakang stlh keluar rumah jika berbuat demikian akan diserang musuh.
d.tidak blh minum air dlm kelapa utk mengelakkan seseorang itu dibenci.

Cth pantang larang bagi masyarakat:
a.tidak blh duduk diatas bantal kerana dikatakan akan terkena bisul dipunggung.
b.tidak blh menunjuk pelangi dgn menggunakan jari, jika tidak jari akan kudung.
c.seseorang itu dilarang memukul orang dgn penyapu kerana ia blh membawa sial.

Kedatangan Islam tlh berjaya mencabut akar umbi kepercayaan ini. Semua ini dikategorikan sebagai khurafat @ tahyul yg mana ianya bertentangan dengan akidah.

Upacara Transisi :
*Merupakan amalan masyarakat alam Melayu sebelum kedatangan Islam.
*Mula diperkenalkan oleh Arnold Van Gennep dlm thn 1909 di dlm bukunya Rites De Passage.
*Amalan ini diadakan pd stp awal peringkt peralihan hidup seseorang.
*Ini kerana waktu peralihan merupakan waktu yg penting & upacara juga diadakan di tahap
permulaan perubahan masyarakat.
*Ia bermula sejak bayi didalam kandungan ibunya lagi, masy. Melayu sblm Islam tlh mengadakan
upacara iaitu adat melenggang perut yg dilakukan oleh bidan.
*Ia dilakukan dgn menggunakan bhn2 seperti beras kunyit, kelapa dsbg.Pada ketika itu
kedudukan bayi diperbetulkan.
*Stlh lahir, upacara membelah mulut pula dilakukan dgn menggunakan emas yg dicelup ke dlm air
pinang, manisan lebah & kurma. Bacaan mentera jg diadakan ktk upacara ini.
*Slps itu upacara menanggal tali pusat dilakukan pd hari ketujuh slps kelahiran seseorang
bayi.
*Seterusnya diadakan upacara naik buai diadakan yg menggunakan nasi kunyit, seekor ayam
hidup, lauk pauk,asam & garam. Ibu bayi dimandikan terlebih dahulu sebelum upacara tersebut
dijalankan. Mak bidan akan membaca mentera & pd ketika itu juga bayi tersebut diberi nama.
*Pd hari ke-44, semasa ibunya lepas berpantang, upacara bercukur pula akan diadakan ke atas
bayi tersebut. Air sintuk limau digunakan utk memandikan bayi tersebut.
*Selepas jampi dibaca & bayi itu ditepung tawar utk menghalau hantu, pada masa itu beras
kunyit & bertih ditabur di dalam rumah. Rambut bayi dipotong sbyk enam hg tujuh helai,
kepala bayi akan direnjiskan dgn tepung tawar.
*Rambut itu kemudiannya dimasukkan ke dlm air kelapa yg disediakan oleh mudim di atas talam.
*Ia dilakukan oleh bebrapa orang dan akhirnya rambut bayi itu dicukur. Kedatangan Islam
memperkukuhkan lagi upacara ini dgn istiadat berzanji dan marhaban.
*Upacara memijak tanah jg harus dilalui oleh seseorang bayi utk mengelakkan dr disampuk
hantu.
*Kemudian adat bertindik pula dilakukan bg kanak-kanak perempuan bertujuan utk mengelakkan
drp gangguan hantu polong.
*Tukang tindik akan menggunakan jarum & benang hitam serta kunyit yg tlh diserapah jampi.
*Perkahwinan adalah antara saat yg paling penting dlm kehidupan seseorang, oleh sebab itulah
upacara lebih besar diadakan.
*Begitu juga adat selepas berlakunya kematian.


Bahasa dan Kesusasteraan Melayu:
Tamadun Melayu pra Islam meninggalkan khazanah kesusasteraan yang tinggi nilainya.

1.Pengaruh Sastera Rakyat:
Sastera rakyat & lisan bgt berkembang dlm masyarakat Melayu pra Islam yg buta huruf.

Terbahagi kpd 2 bhg iaitu:
a.bukan naratif, iaitu peribahasa ( simpulan bhs,perumpamaan, pepatah, bidalan, kiasan &
perbilangan), teka teki serta puisi rakyat ( pantun, mentera, serapah & jampi)
b.Naratif : mitos, lagenda ( lagenda tempatan & lagenda menjelajah), cerita rakyat(cerita
penglipur lara, cerita bintang, cerita jenaka & cerita pengalaman).

2.Pengaruh Sastera Hindu :
*Pengaruh agama Hindu sgt besar & meluas dizaman pra Islam.
*dpt dilihat dlm hikayat Seri Rama, hikayat Pandawa Lima & hikayat Sang Boma.

3.Pengaruh Sastera Panji :
*Sastera panji begitu berkembang & berpengaruh sekali dlm masyarakat Indonesia pra Islam.
Cth : Hikayat Panji semerang, hikayat cekel Waneng Pati dan sbg.

4.Pengaruh sastera Islam:
*Memainkan peranan yang sangat besar dlm kesusasteraan Melayu.
*Bertanggungjawab melahirkan pelbagai genre baru
*Pengaruh sastera Islam blh dilihat dlm hikayat Iskandar Zulkarnain, hiakyat Amir Hamzah dan
lain-lain.

Cabaran Kolonialisme & Sekularisme :
*Dasar perluasan kuasa oleh sesebuah negara keatas negara yg lain melalui pelbagai cara.
(Kolonialisme Eropah ke atas Asia & Afrika khususnya keatas negara-negara Islam bermula thn
1870 hinggalah thn 1940.

Sebab-sebab Kolonialisme:
*Berlakunya persaingan hebat antara kuasa-kuasa Eropah utk meluaskan tanah jajahan msg2
terutama di antar Inggeris, Belanda & Sepanyol.
*Keperluan kpd bhn mentah & pemasaran barangan merupakan sebab penting berlakunya
kolonialisme di Alam Melayu.
*Mubaligh Kristian bercita-cita utk mengkristiankan Alam Melayu.
*Simbol kekuatan sesebuah negara.
*bercita-cita utk memajukan alam Melayu, Asia & Afrika sehingga sanggup mengorbankan
kesenangan.
*Penciptaan kapal wap dlm abad ke-19 mempercepatkan lagi kolonialisme Alam Melayu.
*Pembukaan terusan suez thn 1869.
*Pertambahan penduduk Eropah mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran & kekurangan tanah
utk pertanian. Proses penghijrahan merupakan satu alternatif utk mengatasi masalah tersebut.
*Mendapat galakan daripada raja-raja Eropah.

Kuasa-Kuasa Penakluk:

1.Belanda :
*Berjaya mengalahkan Portugis & telah berjaya menjadi kuasa penakluk yg besar di Alam
Melayu khususnya di Indonesia pada abad ke-17.
*Peringkat penjajahan Belanda bermula dengan penguasaan ke atas kerajaan-kerajaan kecil di
Sumatera.
*Telah mengadakan hub. Diplomatik dgn kerajaan Islam Bantam & Mataram.
*1667, telah berjaya menakluk Maluku & Makasar.
*Berjaya menakluk Palembang, Jambi, Lampong, Lombok, Sulawesi, Banjar Masin, Pontianak dll
secara beransur-ansur.
*Menjelang 1910, hampir seluruh wilayah di Indonesia telah berjaya dikuasai oleh Belanda.

2.Inggeris :
*Permulaan telah membuat petempatan di Bangka Hulu, Pulau Pinang & Singapura.
*1774, bermulanya kempen campurtangan di neg. Melayu. Cth: perak, selangor, neg. Sembilan &
Pahang.
*1891, negeri Melayu Bersekutu telah berjaya dibentuk oleh Inggeris.

Cabaran :
Antara cabaran kolonialisme & sekularisme yg terpaksa dihadapi oleh Barat adlh seperti :
*Menumbangkan kerajaan Islam di Indonesia oleh belanda & membataskan kuasa-kuasa Raja-raja
Melayu di Malaysia oleh Inggeris.
*Memperkenalkan pendidikan sekular sama ada di Indonesia oleh Belanda & di Malaysia oleh
Inggeris.

GERAKAN ISLAH
Makna Islah (bhs Arab) antaranya ialah :
i. Penyucian (purifcation).
ii. Pemulihan (rehabilitation
iii. Pembetulan (retificatin).
iv. Pembetulan semula (return back)
v. Menghidupkan dan menghayati semula (rekindal & revival)
Vi. Pembaharuan (reformation)
vii. Penambah-baikan (improvement)
viii.Pengukuhan (reinforcement) Islam.
ix. Penyatu-paduan (reunification)


Gerakan Islah Di Alam Melayu
1-Dipelopori oleh : Syeikh Ahmad Khatib
*menentang adat Minangkabau
*Pendidikan di Mekah
*Imam di Masjid Al Haram

2-Syeikh Tahir Jalaluddin
*Ulama sumatera (aktif di Indonesia & Malaysia)
*Pendidikan di Unv Al Azhar
*Bersahabat dgn Rasyid Redha
*Terpengaruh dgn gerakan Islah yg dperjuangkan oleh Jamaluddin Al Afghani & Muhamad Abduh
*Memperkenalkan Majalah Al Imam.

3-Sayid Syeikh Al Hadi
*pujangga yang terkenal dari Riau
*Membantu memperkenalkan Majalah Al Imam
*telah menerbitkan beberapa majalah lain seperti Neraca dan Tunas Melayu.

Antara kandungan majalah al-Imam :
1. Menyeru orang Melayu berpegang kpd Al-Quran dan Hadis.
2. tekankan pentingnya ilmu pengetahuan utk mencapai kejayaan.
3. menitikberatkan pengetahuan sejarah krn byk iktibar yg blh dipelajari.
4. menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan sempurna kdp anak-anak.
5. menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan.
6. mengetepikan adat resam & kepercayaan karut yg boleh menghalang kemajuan.

*Majalah Al-Imam tlh dihentikan penerbitannya pd thn 1908.
*Majalah ini tlh diganti dgn penerbitan majalah lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh &
Saudara.
*Kaum Muda tlh menubuhkan bbrp buah madrasah/sekolah di Singapura & diikuti oleh sekolah
sekolah lain di Muar, Teluk Intan, Kuala Terengganu & Pulau Pinang.
*Penubuhan sekolah ini bertujuan utk menyebarkan idea dgn lebih berkesan.


Kesan-kesan gerakan Islah :
*Lahirnya ramai tokoh-tokoh intelektual lulusan universiti Asia Barat.
*Kesinambungan usaha utk memajukan umat Islam di Alam Melayu melalui gerakan penentangan
terhadap Belanda di Indonesia & Inggeris di Tanah Melayu.
*Peningkatan semangat Nasionalisme utk menentang penjajahan Barat.
*Menjadi perintis kepada penubuhan persatuan berbau politik seperti Lembaga Kesatuan Melayu
Johor yg bangkit menentang Malayan Union.
*Berjaya membuka mata orang-orang Melayu spy bangkit mementang penjajahan.
*Berjaya menyatu padukan umat Islam utk menjaga kepentingan masa depan mereka.



1 comments:

Unknown said...

terima kasih awak

Post a Comment