BAB 4 : Tamadun China

Thursday, May 20, 2010

TAMADUN AWAL
*Tamadun China merupakan sebuah tamadun yg tertua di dunia, seperti juga tamadun-tamadun lain
seperti tamadun Mesir, tamadun Mesopotamia, tamadun India dan juga tamadun Yunani.
*Tamadun-tamadun ini berkesinambungan sehingga masa kini.
*Tamadun China mempunyai sifat-sifat terbuka dlm interaksinya dgn tamadun lain, berintegratif
dan jg dinamik, w/pun sering dicabar oleh tamadun-tamadun lain.


ASAL USUL DAN LATAR BELAKANG
1.Kebudayaan Yangshao:
*Dipercayai bermula pada Milenium ke-6 SM.
*W/bagaimanapun berdasarkan kpd bukti arkeologi antara kebudayaan Neolitik yg plg awal &
mempunyai ciri tersendiri disebut sbg Yangshao.
*Ini berdasarkan kpd tinggalan nama kampung yg terletak di Yangshao di bhg Shaanxi.
*Tapak tradisi kebudayaan Yangshao dijumpai di teres-teres berhampiran cwg. Sg Wei & Huanghe
(the Yellow River).
*Di kws ini selama berkurun-kurun tanah pasir halus yg dimendapkan oleh angin tlh menjadi
tanah loes yg subur, lembap serta mudah utk diusahakan terutama sekali dlm bidang pertanian.
*Keadaan btk geografi inilah yg mengdorong & menggalakkan pembangunan petempatan manusia &
kegiatan pertanian.
*Berdasarkan tinggalan arkeologi jg, didpti bhw org Yangshao menetap di perkampungan kecil
dgn kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar berlukisan & menanam mayat si mati
dlm tanah perkuburan yg khas.
*Tamadun Yangshao ini tlh berkembang selama kira-kira 5000 thn di bhg tgh & utara China sblm
diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.


2.Kebudayaan Longshan :
*Muncul sejak pertengahan kurun ke-2 SM.
*Merupakan kebudayaan yg lebih maju berbanding yangshao.
*Nama Longshan adalah berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di bhg Shandung.
*Tembikar Longshan bergantung kpd gaya & bentuk sbg daya penarik estetiknya & jarang
dijumpai lukisan hiasan sprti yg ada pd bekas-bekas Yangshao.
*Kualitinya lbh bermutu tinggi, menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar dlm
pengeluarannya.
*Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dgn menggunakan penyodok
& sabit.


3.Zaman Gangsa :
*Muncul lewat milenium ke-2 SM @ awal milenium pertama SM.
*Pusat perkembangan terpenting terletak di Lembah sungai Yangzi di bhg Jiangxi & juga di
Sanxingdui di bhg Sichuan.
*Pada zmn ini, gangsa dinilai sbg simbol elit kuasa diraja dinasti Shang..
*Tukang-tukang gangsa sgt dihormati sbg ahli masyarakat yg penting di negara itu.
*Logam gangsa dihubung kait dgn dng bekas-bekas ritus @ utk upacara keagamaan selain
digunakan utk membuat loceng & senjata.
*Penggunaan gangsa tersebar meluas dikalangan gol. Bangsawan yg lbh rendah statusnya
disepanjang tempoh dinasti Zhuo.
*Artifak-artifak halus seperti lampu & patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat drpd gangsa
sepanjang era empayar tersebut.
*w/bgmnpun dgn pembangunan teknologi besi sjk lbh kurang 500SM tlh menghadkan perkembangan
kegunaan gangsa utk tuj. umum.


Faktor-faktor yang mempengaruhi tamadun China ialah:
1-Alam sekitar
2-Bahasa dan Sistem Tulisan
3-Pembentukan Bangsa Tionghoa (gabungan kump Yan-Huang, Feng-Yang dan Miao-Man)
4-Pandangan Semesta
5-Falsafah dan agama
6-Institusi Politik dan sistem pemerintahan
7-Keluarga dan Masyarakat Cina
8-Orientasi sistem nilai


Dinasti :
1.Dinasti Hsia :
*Menurut puisi tradisional, ia dibina oleh Raja Yu, iaitu seorang pemerintah mistik dan
penaung pertanian.
*Beliau juga dikatakan boleh mengelakkan banjir & menjaga kadar air Sungai Kuning.
*W/bgmnpun tidak terdapat bukti arkeologi tentang kewujudan Dinasti ini.

2.Dinasti Shang :
*Muncul sejak @ lbh kurang 1766-1122 sm.
*Raja mempunyai kusa mutlak & dibantu oleh golongan bangsawan dlm urusan pentadbiran di
peringkat daerah.
*Pada masa ini telah wujud tulisan, dimana huruf Jiaga yg merupakan asal usul huruf Hanzi
sudah mula digunakan.
*Tdpt, 3000 simbol tulisan ini pada zaman Dinasti Shang.

3.Dinasti Chou :
*Wujud kurun ke-11 sm menggantikan dinasti Shang.
*Diperintah oleh Chou Hsin yg memerintah di kws utara Negara China.
*Ketua-ketua tentera diletakkan sbg pembesar wilayah.
*Membentuk sistem feudal sama seperti di Eropah.

4.Dinasti Chin :
*Maharaja yg pertama ialah putera cheng yg tlh membentuk empayar negara china dlm masa
kurang dr 20 thn.
*Menggelarkan dirinya sbg Chin Shih Huang-Ti.
*Corak pemerintahan berdasarkan sistem wilayah-daerah.
*Telah membahagikan empayar kpd 40 buah wilayah.
*Stp wilayah mempunyai gabenor tentera, pentadbiran awam & seorang pegawai yg diselia
bertanggungajawab terus kpd maharaja.
*Wilayah-wilayah yg ada dibahagikan kepada daerah-daerah.

5.Dinasti Sui :
*Diperintah oleh maharaja Wen Ti yg tlh menyatukan & membina semula empayar Sui, pada thn
589.
*Zaman pemerintahan dinasti Sui adalah singkat.
*Maharaja Sui menjlnkan dasar-dasar menetapkan sistem perlantikan pegawai berdasarkan
peperiksaan.
*Membina terusan besar utk melengkapi pengangkutan Utara-Selatan.
*Diakhir pemerintahan Dinasti Sui tlh berlaku pemberontakan krn ketidakstabilan politik tlh
berlaku ekoran drp sikap maharaja Yang Ti yg melakukan penindasan terhadap rakyat, yang
membawa kepada kejatuhan dinasti Sui.

6.Dinasti Tang :
*Diperintah oleh Tang Tai Tsung yg menerima pendidikan dr sekolah Konfusian.
*Mengaplikasikan pendidikan dlm pemerintahannya.
*Berjaya menewaskan org Mughal & menakluki Turki Timur.
*Merupakan zaman keagungan Tamadun China.

7.Dinasti Sung :
*Bermula dgn rampasan kuasa yg diketuai oleh Jeneral Dinasti Chou Akhir.
*Dpt berthn selama 3 abad iaitu dr thn 960 hingga 1279.

8.Dinasti Yuan :
*Memerintah China slps kejatuhan dinasti Sung.
*Meneruskan sistem pemerintahan Kuno China yg dilaksanakan oleh dinasti Tang & Sung iaitu
fungsi Lembaga Enam (Liu-Pu)

9.Dinasti Ming :
*Merupakan zaman keagungan China.
*Mempunyai angkatan Laut yg besar dibwh pimpinan Laksamana Cheng-Ho.
*Mengadakan hubungan perdagangan dengan Barat yg memecahkan tradisi pemerintahan Dinasti
yang mengamalkan dasar pemerintahan kuno.


Agama & Kepercayaan
Pengenalan :
*Masyarakat China sangat mempercayai bahawa terdapat semangat yang kuat dalam setiap benda
yang tercipta seperti alam semulajadi dan sebagainya.
*Berdasarkan kpd kepercayaan tersebut maka lahirnya upacara sembahyang dan penyembahan
terhadap alam semulajadi.
*Mrk sangat mementingkan keharmonian alam semula jadi.
*Konsep Feng-Shui @ angin air menunjukkan tentang betapa perlunya satu kehidupan harmoni dlm
persekitaran semula jadi.
*Keharmonian dan kestabilan alam semulajadi inilah yg membawa tuah dan kesejahteraan
kesihatan bg masyarakat China.
*W/bagaimanapun, kepercayaan ini tidak membentuk agama formal bg masyarakat China, tetapi
kepercayaan ini menjadi cara hidup masyarakat Cina & membentuk budaya mereka.


Agama Konfusianisme :
*Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah , keagamaan , dan
sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551 SM-479 SM) .
*Asas Konfusianisme dikatakan berasal dari tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama
Konfusius
*Ianya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia , terutama mengenai
perikemanusiaan (ren) , kesusilaan(li) , dan ketaatan kepada ibu bapa(xiao) .
*Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(junzi) .
*Mencius (372 SM-289 SM) , salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat
semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan .
*Oleh sebab itu , manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik,
iaitu prikemanusiaan (ren) , kewajaran (yi) , kesusilaan (li) dan kearifan (zhi) .


2.Agama Buddhisme :
*Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha(563 SM
-483SM)di India pada kurun ke-6 SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun
Masihi yang pertama.
*Selepas penyebaran ke negara China,ianya telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan
menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga dikenali sebagai Buddhisme Cina .
*Namun begitu , asas pengajarannya tetap sama iaitu penderitaan adalah berpunca daripada
hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia .
*Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan
Pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang
terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha .
*Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu :
a)Panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul (Right Understanding) dan
pemikiran yang betul (Right Thought) .
b)Samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul(Right Speech) , tindakan yang
betul (Right Speech) ,tindakan yang betul (Right Action) dan cara hidup yang betul
(Right Livelihood) .
c)Sila (moral) yang meliputi usaha yang betul (Right Efford) , pertimbangan yang betul
(Right Mindfulness) , dan tumpuan yang betul (Right Concentration) .


3.Agama Daoisme :
*Daoisme pula diasakan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada
tahun 604 SM dan Zhuang Zhi (369SM-2864SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi
serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan tanpa sebarang
usaha .
*Terbahagi kepada dua iaitu :
a)pemikiran falsafah Dao (daojia)
b)pemikiran keagamaan Dao (daojiao)
*Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan
Dao kerana kebanyakkan ayatnya yang ringkas , penuh dengan konotasi yang terbuka kepada
pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao .
*Dao iaitu jalan (the way) yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang
tidak dilahirkan (unproduced)dan tidak dapat diperikan (inexpressible) .
*Tahap pencapaian pengalaman Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya .


4.Agama Moisme :
*Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479 SM-381SM) .
*Antara konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang (jian’ai)
, mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan
mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian)
*Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli) , pengikutnya
menentang konsep mandat tuhan mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme .
*Aliran pemikiran moisme menegaskan:
1-penyelarasan dan pembentukan kekuasaan pusat
2-berjimat cermat
3-melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jwtn kerajaan


5.Agama Legalisme :
*Legalisme diasakan oleh seorang ahli falsafah Cina , Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa
China di bawah pemerintahan dinasti Chin .
*Ianya mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya
*Aliran ini juga menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik
daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius .
*Malah aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China


Sains & Teknologi :
*Wujud pada kurun ke 15 – 11 SM
*Zaman permulaan : mahir dlm kejuruteraan hidraulik, melebur, menuang besi ke dlm
acuan,pembuatan kertas dan loyang dll.
*Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari
negara China.
*Negara china telah ketinggalan dlm bidang sains& tknologi krn tdpt pemerintah cina yg tdk
berminat utk menggalakkan penciptaan dan phubungan dgn negara luarsehingga abad ke20,

Negara china terkenal dalam bidang :
1-Astronomi (katalog bintang)
2-Matematik (penggunaan Sempoa)
3-Perubatan (teori Yin dan yang,akupuntur
*Antara tokoh perubatan yg terkenal : Hua Tua (seorang pakar bedah yg berjaya menghasilkan
anastesia)
-Choa Yuan Fang (menghasilkan karya perubatan berkaitan dengan penyakit mata, kudis buta
dsbgnya.
4-Optik ( prinsip fokus, imej dari kanta cekung)
5-Kimia (eliksir Kehidupan)
6-Teknologi Cina (abah-abah yg diikat pd dada, kereta sorong, kain sutera dll.


*** empat penciptaan agung Cina :
1-Teknik membuat kertas
2- percetakan
3- bahan letupan
4- kompas.


KESUSASTERAAN CINA KLASIK
karya sastera yang dihasilkan dalam jangka masa 3000 tahun dari zaman permulaan tamadun Cina hingga ke zaman perang Candu tahun 1840
Ciri-ciri umum :
1-menyampaikan Dao
2-kesederhanaan
3-keinsafan
4-muzik


Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik ialah :
1- Puisi
2- Prosa
3- Drama
4- Fiksyen


1.Puisi
*Puisi terawal : Shi jing(Klasik Puisi)
*Mengenai idea dan teknik kesusasteraan yg menjadi contoh dan memberi inspirasi kpd penyajak
serta penulis.
*Empat lagi puisi terkenal :
1- Yi jing (klasik perubahan)
2- Shu jing (klasik sejarah)
3- Li ji (Rekod Ritual)
4- Chun qiu (Klasik Musim bunga &Musim Luruh)

2.Prosa
Jenis-jenis prosa ialah :
*Prosa bersifat puisi
*Prosa berima
*Rapsodi
*Puisi bersifat prosa
*Prosa selari
*Bagu wenzhang
*Prosa klasik
*Prosa vernakular

3.Drama
*Drama cina plg menarik : jenis zaju (sastera berbentuk puisi yg digubah mengikut muzik
tertentu)
*Zaju banyak menyokong nilai2 Cina tradisional spt nilai kesetiaan, penghormatan thdp ibu
bapa, kesucian wanita & keadilan
*Selain Zaju, drama jenis chuanqi juga terkenal krn :
-adegan (30-40 babak) (lbh panjang)
-muzik dan nyanyian (lebih fleksibel)

4.Fiksyen
*Istilah cina : xiaoshuo(percakapan kecil & percakapan sia2)
*Zaman awal dinasti Song –perkembangan cerita dlm bhs harian mulai wujud
*Zaman dinasti Yuan,Ming dan Qing – kegemilangan dan kematangan fiksyen
*Fiksyen berkembang ats dasar tradisi mencerita (story-telling)


Antara ciri-ciri fiksyen Cina ialah:
1-Hasil karya yg merupakan naratif yg panjang dan dalam bentuk roman sejarah
2-Alat utk menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahan
3-Memberi wawasan mendalam ttg budaya dan adat resam
4-terdapat pengaruh agama Buddha


KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, tamadun China merupakan sebuah tamadun yang sangat agung dan unggul, kerana mereka merupakan antara perintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang khususnya bidang sains dan teknologi, kepada peradaban dunia.

0 comments:

Post a Comment