BAB 6 : Interaksi Antara Tamadun Dan Globalisasi

Thursday, May 20, 2010

PEMBAHAGIAN TAMADUN
Tamadun dari segi interaksi dan globalisasi terbahagi kpd 2 iaitu:
1-Tamadun Terbuka
*Tamadun yang mempunyai interaksi antara satu sama lain
*Menerima setengah unsur tamadun lain dalam pembinaan dan pengukuhan tamadun itu sendiri
*Tamadun yang mempunyai hayat yang lama
*Berkembang dan merentasi wilayah yang luas. Inilah yang dimaksudkan dengan globalisasi
tamadun

2-Tamadun Tertutup
*Tamadun yang tdk mempunyai interaksi antara satu sama lain
*Tdk Menerima setengah unsur tamadun lain dalam pembinaan dan pengukuhan tamadun itu
sendiri
*Tamadun yang mempunyai hayat yang singkat
*Tdk berkembang dan merentasi wilayah yang luas.


FAKTOR BERLAKU INTERAKSI

1.Penyebaran Agama
*Kebanyakkan tamadun besar dan agung di dunia ini dibina diatas kekuatan agama
*Agama Hindu, Budha, Konfucius, Taoisme, Kristian dan Islam merupakan agama utama yang
bertanggungjawab membentuk tamadun-tamadun besar dan agung
*Cth : Rasulullah s.a.w para khulafah’ ar Rasyidin, Bani umaiah, Bani Abasiah dan semua
pemerintah Islam berikutnya hingga hari ini terus mengutamakan penyebaran Islam

2.Perdagangan
*Perdagangan antarabangsa merupakan salah satu faktor berlakunya interaksi antara tamadun
dan globalisasi
*Cth : Pada abad ke 7M lahir kerajaan Budha iaitu kerajaan Sri Vijaya dan menjadi pusat
perkembangan bahasa Sanskit dan penyebaran agama Budha di Alam Melayu. Kelahirannya juga
berpunca daripada faktor perdagangan

3.Penaklukan
*Tamadun Yunani dan Rom mempunyai pengaruh yang besar di Eropah, Asia Barat dan Utara Afrika
kerana tamadun-tamadun itu menjalankan dasar penaklukan dan peluasan wilayah
*Penduduk wilayah yang dijajah lama-kelamaan menerima tamadun yang pihak yang menjajah

4.Hub Diplomatik
*Tamadun di Lembah Indus, Lembah Hwang Ho, Yunani dan Rom telah mengadakan hubungan
diplomatik antara satu sama lain dari semasa ke semasa
*Contohnya Parameswara telah mengadakan hubungan diplomatik baik dengan Cina sejak awal
penubuhan Melaka. Sebagai balasan kerajaan Ming menghantar Laksamana Yin Ching ke Melaka.
Perameswara telah diiktiraf sebagai Sultan Melaka oleh kerajaan Cina sejak tahun 1405 ini.
Hubungan diplomatik Melaka dan Cina kian erat dengan Laksamana Cheng Ho ke Melaka.


SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

1.Tamadun Dunia
*Bertanggungjwb memartabatkan bangsa arab,parsi,turki,sudan,Hausa,Melayu dll menjadi bangsa
bertamadun, beridentiti dan berkebudayaan
*Bertanggungjwb menjadikan bangsa arab sbagai satu bangsa yg unggul yg berupaya membentuk
sebuah empayar yg besar
*Membimbing org2 Arab dan kebanyakan bangsa di dunia utk mencetus tamadun dan tradisi
keintelektualan.
*Memartabatkan bbrp bhsa dunia mjadi bahasa Lingua Franca spt Bhs Parsi, Urdu, Swahili, Hausa
dn Melayu.

2.Tamadun Barat
*Melahirkan tamadun barat yg berasaskan kpd kekuatan sains&teknologi yg disumbangkn oleh
tamadun Islam
-bukti : Jesuit Juan Andres(Origin,Progress and Present State of World Literature) telah
menyenaraikan dgn terperinci unsur2 tmdn Islam dlm tmdn Barat moden
*Andalusia obor Tamadun Barat
-bukti : Robert Briffault (Ensiklopedia The Making Of Humanity) mengakui ttg kebangkitan
tmdn Barat bermula di Andalusia(Sepanyol).
*Andalusia Lahirkan pakar-pakar hebat :
i- pakar sains : Abdullah Ibnu Ahmad
ii- pakar Botani : Ibnu Al Baytar
iii-pakar Bedah : Az Zahrawi
Iv-pakar perubatan : Ibnu Rusyd

3.Penterjemahan Karya Sarjana Islam :
*Al Khawarizme : Algoritmi De Numero Indorum : pakar matematik
*Al Razi :Kitab Sirr al Asrar :pakar perubatan
*Al Kindi : De Aspectibus : pakar optik & pakar muzik
*Jabir : Book of Compostion of Alchemy : pakar kimia
*Ibnu Sina : al Qanun fi at tibb : pakar perubatan
*Mohamad Ad Damini : Hayat al Hayawan : pakar Haiwan
*Ibnu Haitham (Al Hazen) : Opticae Thesaurus : pakar optik
*Ibnu Al Baytar : al Jami’ al Adwiyah al Mufradah : pakar perubatan dan Biologi
*Al Battani : De Scientia Stellarum : pakar astronomi
*Raihan al Bironi : pakar Geografi
*Al Farghani : al Madkhal ila ‘Ilm al Aflak : pakar astronomi